MUMBAI: Seorang penumpang udara mencetuskan panik apabila cuba membuka pintu pesawat ketika penerbangan.

Lelaki yang dalam perjalanan menaiki penerbangan GoAir dari New Delhi ke Patna ketika itu cuba membuka pintu belakang pesawat yang disangkanya pintu tandas.

Mujur tindakannya itu dilihat seorang penumpang yang membunyikan penggera kecemasan dan lelaki itu kemudiannya ditahan kru penerbangan sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
.
Menurut laporan media tempatan, lelaki yang bernama Mohammad Sanowar Khan itu mengaku yang dia keliru kerana itu adalah pengalaman pertamanya menaiki pesawat.

Jurucakap syarikat penerbangan itu menambah bahawa Mohammad Sanowar Khan tidak mungkin akan berjaya membuka pintu tersebut kerana tekanan udara di dalam kabin.

Insiden ini berlaku seminggu selepas lebih 30 penumpang Jet Airways mengalami pendarahan telinga dan hidung setelah kru pesawat gagal mengaktifkan suis kawal tekanan kabin.

Advertisements