PORT DICKSON: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), PAS dan Bebas.

Pertandingan itu disahkan selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Khairy Maamor, mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRK itu pada jam 11.09 pagi selepas tempoh proses penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson ditutup pada 10 pagi, disusuli tempoh bantahan selama sejam.

PH meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai calon manakala PAS mempertaruhkan Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Advertisements