PORT DICKSON: Sebuah galeri pameran di Muzium Tentera Darat dekat sini terbakar 50 peratus, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata dalam kejadian pukul 8.25 pagi itu, kebakaran melibatkan tingkat bawah galeri tersebut.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu kerana ketika kejadian galeri belum dibuka kepada orang awam. – Bernama.

Advertisements