JOHOR BARU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah dilihat mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas pemimpin muda itu menggelarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘perfectionist’.

“Perfectionist? It’s either you’re delusional or obsessed. You were still in your mother’s belly, kid. Do some research,” catat Tunku Ismail dalam Bahasa Inggeris pada status di laman sosial Twitter rasminya.

Walaupun TMJ tidak menyebut sebarang nama, Tunku Ismail seolah-olah menunjukkan status itu kepada kenyataan Syed Saddiq, yang menggelarkan Dr Mahathir ‘perfectionist’ dalam muat naik di laman sosial Facebook.

Mengimbau pengalaman beliau bekerja dengan Dr Mahathir, Syed Saddiq berkata, Dr Mahathir adalah tuan kepada kerjanya sendiri.

“Beliau menulis ucapan sendiri. Beliau menulis catatan blog sendiri. Beliau juga lakukan banyak kerja penyelidikan sendiri.

“Ia adalah kerana pengalaman, saya rasa dipaksa untuk memberitahu cerita di sebalik kesempurnaan paling terkenal di Malaysia ini iaitu Tun Mahathir yang dikasihi,” tulis Syed Saddiq.

Syed Saddiq sebelum ini menimbulkan kemarahan di kalangan Istana Johor pada 2016 apabila beliau menulis satu surat terbuka mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang mengharamkan demonstrasi jalanan di Johor.

Bagaimanapun, isu itu diselesaikan selepas Sultan Johor berkenan menerima mengadap Syed Saddiq.

Advertisements