PORT DICKSON: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil membuat laporan polis ke atas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam hari ini.

Ini susulan kenyataan Lokman di laman Facebook yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pelajar dari Indonesia.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pajabat Polis Daerah Port Dickson jam 11 pagi tadi.

“Namun BERITA Mediacorp telah mengeluarkan satu penafian bahawa kenyataan Lokman itu tidak benar dan pihak BERITA Mediacorp tidak pernah menerbitkan apa-apa laporan yang mengandungi apa-apa maklumat seperti yang didakwa oleh Lokman Noor bin Adam.

“Saya telah membuat laporan ini kerana saya beranggapan bahawa ia adalah satu kenyataan yang berniat cukup jahat, yang penuh tohmahan, fitnah dan cuba mengubah persepsi umum terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Fahmi.

Susulan penafian BERITA Mediacorp, Lokman telah memadam kenyataan di Facebooknya itu.

Sementara itu, ketika ditanya wartawan, Anwar berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Lokman.

Katanya, beliau mahu memberi tumpuan kepada kempen Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang akan diadakan 13 Okt ini.

Advertisements