KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu ini untuk memberi keterangan.

Perkara itu diberitahu oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, dalam satu mesej melalui aplikasi Whatsapp hari ini.

Katanya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah menerima notis daripada SPRM untuk hadir pada lusa, jam 10 pagi.

Menurut sumber, Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan di sebuah yayasan.

Advertisements