Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Syed Saddiq Dikecam Muat Naik Gambar Dalam Tab Mandi

KUALA LUMPUR: Tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi gambar berada di dalam tab mandi di Twitter dikritik oleh netizen.

Netizen beranggapan tidak wajar bagi seorang menteri untuk berkongsi gambar dengan tidak berbaju di dalam tab mandi di laman sosial.

“Macam ini ke contoh kepada golongan muda? Macam ni ke pemimpin yang rakyat Malaysia mahukan? AKu rasa tak perlu kot nak tunjuk gambar macam ni kat laman sosial,” kata @thekings_vii.

“Syed Saddiq pun kemain lagi. Awak tu dah level menteri, tak perlu post gambar demikian rupa,” komen @syafiezubir.

“Masing-masing also ada preference. Syed Saddiq should stop cheap marketing and populist. Cukup-cukul la retorik politik. Jalan kerja,” kata @_nikAfif.

“Ini salah satu kaedah sains sukan tapi tak payah la @SyedSaddiq ambil gambar,” kata @AZulkefli_TTB

Syed Saddiq di Twitter semalam berkongsi gambar berendam dalam tab mandi yang mengandungi ais dengan kapsyen,’Lepas score golden goal, terus kena rendam dalam ais. Good game. @dugongallstars. #HariSukanNegara.’

Tweet tersebut bagaimanapun telah dipadam selepas mengundang reaksi negatif daripada pengguna Twitter.

Mandi dalam ais didakwa merupakan salah satu kaedah rawatan kesihatan.

Berendam dalam ais dikatakan cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus.

Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: