Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

PJ Fair 2018 4 November Ini

PETALING JAYA: Meneruskan acara tahunan bagi kali keenam, Festival Petaling Jaya atau lebih sinonim dengan nama PJ Fair akan kembali mempromosikan bandaraya ini bermula 4 November ini. 


Festival yang diadakan selama seminggu ini bakal berakhir menghidangkan pelbagai tarikan dan acara dengan tema yang sama pada 2014 iaitu International Folklore Festival. 


Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain, sejak kali pertama penganjurannya pada 2013, PJ Fair bertujuan mempromosikan bandaraya Petaling Jaya sebagai kota seni dan destinasi pelancongan antarabangsa menerusi kepelbagaian budaya komunitinya. 


Tambahnya, PJ Fair juga bertujuan menyokong pelaksanaan Pelan Induk PJ Sustainable 2030 dan dasar- dasar perbandaran di peringkat global khususnya berkaitan dengan aspek pembangunan budaya dan komuniti. 


“Program utama festival menjurus kepada mempromosikan keharmonian budaya dan kesenian masyarakat setempat dan antarabangsa. 

“Penggunaan tema yang sama kerana mahu mengembalikan kemeriahan budaya seperti yang diadakan pada tahun 2014 dengan penyertaan pelbagai budaya luar negara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 


Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang PJ Fair kelak ialah persembahan kebudayaan, konsert artis tempatan, pelbagai pertandingan termasuk memancing, larian dan lain-lain. 


Kemuncak acara akan diadakan pada 10 November dengan persembahan etnik sembilan negara termasuk Indonesia, Jepun. Iran, Korea, Filipuna, Finland, Botswana selain Malaysia sendiri. 


Negara-negara tersebut terdiri daripada program PJ Friendship City dan International Council of Folklore Festival and Folk Arts Organisations (CIOFF) iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah seliaan UNESCO. 


Konsert artis tempatan yang dinamakan Konsert Evolusi PJ pula akan menampilkan Akim & The Majistret, Waris, Ara Johari, Masya Mashitah, Santesh, Ben Laden, Ismail Izzani, Uchop, Aina Mentor dan Maynine Band. 


Saluran Selangor FM pula selaku penyiar rasmi festival.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: