Kuala Lumpur: Wave Industry PLT secara rasminya memperkenalkan produk sulung keluarannya iaitu minyak wangi dengan bauan cemara untuk lelaki dan wanita. Minyak wangi yang dihasilkan melalui kajian serta pembangunan (R&D) seiring dengan hasil kesempurnaan dan bau harum semerbak yang tahan lama lebih 8 jam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Shameem Ashraf, pemasaran minyak wangi Cemara bukan berpaksi kepada keuntungan semata-mata malahan ianya berkonsepkan jualan serta beramal. Menurutnya lagi, setiap RM3 dari jualan setiap botol akan disumbangkan kepada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor sebagai sokongan dalam usaha pencegahan penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa kini. 

 

Minyak wangi Cemara dikeluarkan dalam versi bauan tahan lama Eau de Parfum yang bermutu tinggi. Didatangkan dengan bauan yang lembut, ianya dihasilkan mesra solat dan membuatkan pemakai merasa selesa.

Tambahnya lagi, minyak wangi Cemara merupakan produk mampu milik dengan harga RM69.90 sahaja bagi 30ml dan boleh didapati secara atas talian menerusi http://www.cemarabywaze.com atau email kepada admin@waveindustry.com.my. Bagi pelanggan yang ingin membuat pembelian secara talian telefon boleh menghubungi 011-3670 0685.

 

Sehubungan itu, Wave Industry PLT turut mempekenalkan duta produknya iaitu Jojie Aminuddin yang dipilih berdasarkan sifat lemah lembut dan sikap feminisnya dalam apa jua situasi. Melalui hobi beliau sebangai pengumpul minyak wangi, turut dilihat sebagai satu ikon tepat dalam pemasaran minyak wangi terbaik ini.

 

Menurut Jojie, beliau terlebih dahulu sudah menggunakan minyak wangi Cemara dan jatuh cinta dengan kelembutan dan aura elegan pada baunya yang tahan lama. Beliau  juga akan sentiasa turut serta dalam promosi pemasaran serta aktiviti bersama PEMADAM. 

Advertisements