KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melantik pengendali swasta berkaitan tindakan kapit tayar kenderaan bermula esok.

Kenyataan ini diakui oleh kontraktor, Vista Summerose, yang dikaitkan dengan isu berkenaan.

Pengarah Urusannya, Datuk Nik Haidi Nik Muhamad berkata, pihaknya menerima notis DBKL pada petang semalam yang mengarahkan syarikatnya menghentikan operasi kapit tayar bermula esok.

“Saya tidak tahu perancangan DBKL seterusnya dalam hal ini, maka saya serahkan perkara ini kepada kebijaksanaan DBKL,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nik Haidi, meskipun kontrak itu ditamatkan, ia tidak menjejaskan operasi syarikatnya bersama pihak berkuasa tempatan di negeri lain.

Sebelum ini, Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad menjelaskan, operasi penguatkuasaan kapit tayar diselaraskan bagi mengelakkan konflik antara penguat kuasa dengan warga kota yang beranggapan tindakan itu sebagai mengaut keuntungan.

Katanya, SOP operator dan DBKL akan diselaraskan supaya penguatkuasaan dijalankan dengan bertanggungjawab dan telus. 

Advertisements