KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencatat pendapatan tertinggi di kalangan ahli parlimen dan pentadbiran kerajaan iaitu berjumlah RM86,464.92.

Ia berdasarkan Portal Pengisytiharan harta anggota Parlimen dan pentadbiran kerajaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain dirinya, Guan Eng turut memasukkan sekali nama isteri dan anaknya dalam mengisytiharkan jumlah pendapatannya itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail pula berada di kedudukan kesembilan dengan pendapatan sebanyak RM 59,048.33 menerusi pendapatan dirinya dan suami.

Maklumat itu dimuat naik ke Portal Pengisytiharan Harta SPRM tanpa memaklumkan butiran terperinci mengenai jumlah itu sama ada bagi tempoh sebulan atau setahun.

Portal itu juga memaklumkan setakat ini seramai 46 ahli parlimen kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka sementara 77 lagi belum melakukannya.

Manakala seramai 19 anggota pentadbiran kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka dan 30 lagi belum melakukan perkara yang sama.

Advertisements