Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Siasatan Tanah Runtuh Bukit Kukus siap 30 November Ini

PULAU PINANG: Siasatan berhubung tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau di sini, ditetapkan untuk disiapkan pada 30 November ini.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, tempoh sebulan itu dicadangkan selepas jawatankuasa berkenaan bermesyuarat kelmarin.

Tambahnya, mereka termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang, jurutera perunding, jurutera penyemak bebas (independent checking engineer), kontraktor serta pegawai keselamatan projek.  

“Jawatankuasa juga mempertimbangkan untuk menjemput pihak lain untuk membantu siasatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Bomba dan Penyelamat; Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH); Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta termasuk wakil Penang Forum,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, jawatankuasa itu dalam mesyuarat tersebut juga memutuskan empat terma rujukan siasatan termasuk meneliti dan mengkaji semula maklumat serta dokumen berkaitan projek berkenaan.

Selain itu, katanya, siasatan juga akan menjurus kepada mengenal pasti faktor yang menyebabkan kejadian runtuhan tersebut serta pihak yang bertanggungjawab.

“Terma lain adalah mencadangkan kepada kerajaan negeri langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah kejadian seperti ini tidak berulang pada masa Hadapan,” katanya.

Dalam kejadian 19 Oktober lalu, seramai sembilan pekerja warga asing maut selepas tertimbus tanah runtuh yang menimpa kontena yang dijadikan rumah mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: