GENTING HIGLANDS:  Arena of Stars, Resort World Genting kini memiliki sistem audio terbesar di Asia Tenggara dengan pemasangan L-Acoustics K2 keluaran Sennheiser.

Dengan menaik taraf sistem audio itu ianya akan memberikan satu pengalaman baru buat pendengar dan pemain musik.

Menurut Timbalan Presiden Pemasaran dan Hiburan Resort World Genting, Kevin Tann, peningkatan taraf itu adalah penting kerana Arena of Stars adalah satu lokasi tumpuan untuk mengadakan konsert.

“Kami memerlukan sistem audio yang canggih dan dengan pemasangan empat rangkaian speaker dimana setiap satu kelompok ini memiliki 12 buah speaker ianya mampu mengeluarkan bunyi yang lebih sedap.

“Jadi sangat berbaloi bagi pelanggan yang membayar ratusan ringgit untuk membeli tiket konsert dan dapat mendengar sistem audio yang terbaik di Asia Tenggara,” katanya semasa majlis pelancaran L-Acoustics K2 di sini hari ini.

Persembahan dari kumpulan John Thomas & Friends berdurasi selama 30 minit diadakan bagi menguji kehebatan sistem terbaru itu.

Naib Presiden Pemasaran Resolusi Audio Sennheriser Asia, Vince Tan berkata, L-Acoustics K2 merupakan satu siri sistem audio yang sangat terkenal di luar negara.

“Komposisi audio terbaru ini telah mendapat maklum balas yang sangat baik dari pengunjung sebelum ini dan mereka sangat bertuah kerana dapat menyaksikan konsert dengan audio yang terbaru,” katanya.

Advertisements