Kuala Lumpur: Butik roti dan kek BreadTalk kini memperluaskan perniagaan dengan pembukaan cawangan baharu di pusat membeli belah Avenue K, Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Eksekutif Direktor UML Lifestyle, Mr. Freddie Lee.

Cawangan baharu itu melengkapkan perancangan tahunan 2018 bagi membuka cawangan berkonsep di kawasan tumpuan ramai. Melalui perancangan itu, tiga lagi cawangan bakal dibuka di Plaza Low Yatt, IOI mall, Puchong dan KLIA2. 

 

Menurut Freddie, tiga lagi cawangan berkonsep bakal dibuka pada tahun 2019 termasuk ‘flagship store’ di Star Boulevard.

BreadTalk mula beroperasi pada tahun 2000 di Singapura dan kini telah mengembangkan pasaran di serata asia dengan pembukaan lebih 800 cawangan termasuk Singapura, China, Hong Kong, Indonesia, Thailand dan timur tengah.

 

Freddie berkata, dengan pertumbuhan pesat ekonomi dan permintaan dari pelanggan, BreadTalk akan sentiasa mengekalkan kualiti 27 jenis roti mereka pada harga berpatutan. Menurutnya lagi, kesemua jenis roti dan kek telahpun memiliki sijil halal sah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Advertisements