KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menawarkan potongan harga sempena Jualan Akhir Tahun dengan potongan harga sehingga 15 peratus untuk pemilihan tempat duduk.

Ketua Pegawai Perolehan Malaysia Airlines, Ignatius Ong, berkata tawaran berkenaan bermula 12 November hingga 16 November untuk perjalanan pada tarikh sama sehingga 31 Oktober 2019.

“Diskaun turut diberikan untuk bagasi tambahan dan akses ke Golden Lounge Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ong berkata, pelanggan juga akan menikmati pengalaman premium dengan tawaran elaun bagasi 40kg untuk Kelas Perniagaan dan 30kg untuk Kelas Ekonomi bagi laluan antarabangsa serta 20kg bagi laluan domestik.

“Malah, pelanggan juga boleh menikmati makanan dan hiburan dalam pesawat apabila memilih penerbangan dengan Malaysia Airlines,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya pelanggan turut berpeluang memenangi sepasang tiket Kelas Perniagaan ke Tokyo melalui peraduan MHinsure.

Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysiaairlines.com.

Advertisements