PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pagi ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, dipercayai bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.
Kenderaan membawa Najib memasuki pekarangan bangunan SPRM pada jam 9.23 pagi tadi.
Najib sudah beberapa kali hadir ke SPRM untuk memberi keterangan berhubung beberapa kes, dengan kali terakhir pada 8 November lalu.
Pada 20 September lalu, Najib didakwa atas 25 pertuduhan iaitu empat salah guna kedudukan membabitkan rasuah dan 21 aktiviti pengubahan wang haram membabitkan nilai kira-kira RM2.3 bilion.
Bekas perdana menteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Advertisements