NORYN Aziz menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kelima.

Noryn menerima markah tertinggi melalui dua pusingan persembahan menerusi lagu “Laskar Cinta” dan lagu battle “Where is the Love”.

Tempat kedua dan ketiga diisi oleh Dia Fadila dan Zamani manakala Amelina, Maya dan Billy Zulkarnain masing-masing di tempat keempat, kelima dan keenam.

Bintang Cuckoo Paling Gempak pula diraih oleh Zamani, yang merupakan kemenangan kali ketiga buatnya sepanjang lapan minggu Gegar Vaganza berlangsung.

Pentas akhir Gegar Vaganza 5 diadili oleh empat juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk DJ Dave dan Joe Flizzow.

Advertisements