Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Luar Negara

Gurun Arab Saudi Dilanda Banjir

RIYADH: Sebuah rakaman video memaparkan dua lelaki menggembala sekawan unta di kawasan gurun yang digenangi air banjir ketika hujan lebat dan ribut pasir melanda kini tular di internet, lapor rangkaian televisyen Rusia, RT baru-baru ini.

Fenomena luar biasa itu dirakam ketika kawasan timur Arab Saudi mengalami cuaca buruk pada hujung minggu lalu.

Klip video itu dirakam di sebatang jalan dekat Tumair, utara Riyadh oleh seorang jurugambar, Fahad Al-Osaimi. Kawanan unta itu pula adalah milik seorang lelaki, Ayedh Al-Massoud. Rakaman video itu pertama kali dikongsi oleh anak lelaki Ayedh, Abd El-El Massoud.

“Saya melihat unta-unta terkandas dan terperangkap akibat hujan lebat dan banjir di rantau Tamir,” Fahad memberitahu stesen televisyen Al-Arabiya.

Klip video itu yang tersebar meluas di media sosial dan turut disiarkan dalam saluran berita tempatan, mendapat pujian ramai penonton. – Agensi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: