Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Farid Kamil Beri Keterangan Isu Sogokan RM5 Juta

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari telah memberi keterangan di bilik saksi di mahkamah di sini sebentar tadi bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang mengaitkannya dengan dakwaan pernah disogok wang RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Farid Kamil, 37, memberi keterangan tersebut selepas tamat prosiding mahkamah berhubung sebutan perbicaraan kes laporan palsu yang dipertuduhkan ke atasnya. 

Dia kemudian dibawa masuk ke dalam bilik saksi yang keterangannya direkodkan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menurut peguam Megat Syazlee Mokhtarom, anak guamnya itu memberikan keterangan di bilik saksi tersebut selama 30 minit. 

“Farid Kamil dijangka akan menyambung memberi keterangan di IPD Petaling Jaya esok sejurus selepas sebutan semula kes lima pertuduhan jenayah dihadapinya di mahkamah ini” katanya katanya ketika dihubungi.

9 November lalu melaporkan polis akan memanggil Farid Kamil bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang mengaitkannya dengan dakwaan cubaan rasuah berjumlah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu dalam masa terdekat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki berusia 43 tahun di Balai Polis Kota Damansara kira-kira pukul 6 petang semalam terhadap pelakon terkenal berkenaan.

Katanya, lelaki berkenaan merupakan wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Dalam laporan polis berkenaan, pengadu menyatakan telah melihat satu video di YouTube MyFokus Online di mana Farid mendakwa beliau telah cuba dirasuah sebanyak RM5 juta bagi memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datuk Seri Rosmah Mansor.

Laporan itu mengatakan bahawa Farid sengaja mereka-reka cerita untuk menjatuhkan imej bekas Perdana Menteri dan isteri.

Malah pengadu juga menyatakan, jika dakwaan Farid itu benar, mengapa tidak melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Fadzil berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah.

Farid 7 November lalu menerusi video yang dimuat naik dalam YouTube MyFokus Online semasa program TV Al-Hijrah berjudul “Nak jadi artis ke nak jadi ahli politik?” yang disiarkan pukul 10 malam Rabu lalu, mendakwa beliau cuba dirasuah sebanyak RM5 juta oleh pihak Kerajaan untuk memaafkan Najib dan Rosmah.

Terdahulu, Lokman Noor berkata, dakwaan Farid itu berat dan perlu segera disiasat polis.

Katanya, Farid juga dilihat membuat dakwaan palsu selain mahu menghina Najib dan Rosmah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: