ANGGOTA Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman, USJ25 1 pagi tadi, berada di dalam keadaan kritikal, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Terdahulu, pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membaca surah Yasin di perkarangan lobi Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sementara menunggu perkembangan rawatan mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.

Sebelum ini, dilaporkan, anggota bomba yang datang ke lokasi bagi memadam kebakaran kereta di luar kuil berkenaan bersama pasukannya, cedera diserang kumpulan perusuh.

Bagaimanapun, mangsa diselamatkan beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke SJMC untuk rawatan lanjut.

Advertisements