SEREMBAN: Suasana di Hospital KPJ Seremban di sini petang ini gempar apabila ratusan pesakit dan kakitangan hospital tersebut diarahkan mengosongkan bangunan itu selepas menerima panggilan ancaman bom.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, pihak bomba telah dipanggil oleh polis untuk berada dalam keadaan bersiap sedia di kawasan tersebut.

“Kami diminta bersiap sedia jika berlaku letupan atau perkara lain yang tidak diingini.

“Pihak polis sedang mengeledah seluruh bangunan hospital ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Norazam berkata, kesemua petugas, pesakit dan orang awam diarahkan keluar daripada hospital itu dan berkumpul di tempat selamat sehingga pemeriksaan selesai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh mengesahkan kejadian tersebut.

Advertisements