PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, di sini, pagi tadi.

Sumber berkata, Najib ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Bekas Perdana Menteri itu akan ditahan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009,” katanya.

Terdahulu, Najib tiba di Ibu Pejabat SPRM, di sini, pada jam 10.42 pagi bagi memberi keterangan kali kedua berhubung isu pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Beliau tiba dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Sorento berwarna perak.

Pada 6 Disember lalu, Najib hadir kali pertama ke sini dan meluangkan masa kira-kira empat jam bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan pindaan laporan berkenaan.

Advertisements