Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Lima Mangsa Kebakaran Dikebumi Satu Liang Lahad

IPOH: Semua keluarga lima pekerja sambilan yang meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru, semalam bersetuju supaya jenazah anak mereka dikebumikan dalam satu liang lahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.54 petang itu, mereka yang dipercayai terkorban dikenali sebagai Mohd Nor Aiman Abdul Rahman,16; Mohamad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohd Ikhmal Izzuddin Mohd Kamari,16; Ahmad Faizal Aminuddin,16, serta Mohamad Azhar Shah Rosli, 19, yang semuanya berasal dari Menglembu.

Turut dipercayai maut P. Thiagarajun, 40, yang juga pemilik perniagaan dari Buntong di sini.

Seorang bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak, 45, ketika ditemui pemberita memaklumkan kesemua keluarga mangsa sudah mengadakan perbincangan dan bersetuju untuk mengebumikan anak mereka di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pari, Menglembu di sini.

“Kami harap proses pengecaman mayat dapat diselesaikan secepat mungkin agar dapat dikebumikan dengan segera kerana proses pengebumian jenazah telah disiapkan,” kata bapa kepada Mohd Nor Aiman itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: