HONG KONG: Parques Reunidos Servicios Centrales SA, pengendali taman hiburan berpangkalan di Madrid, bersetuju untuk membeli pusat peranginan bertemakan tropika di Jerman pada pertimbangan 226 juta euro (AS$256 juta), iaitu sekitar RM1.07 bilion.

Firma Sepanyol itu mencapai persetujuan dengan syarikat pegangan pelaburan dikuasai jutawan T Ananda Krishnan bagi mengambilalih Tropical Islands Resort, demikian menurut satu kenyataan yang difailkan dan disahkan Bloomberg News.

Janji niaga itu dijangka selesai Februari, demikian menurut dokumen yang difailkan itu

Tropical Islands Resort, terletak kira-kira 60 kilometer ke selatan Berlin, dibina di atas tapak hangar kapal terbang dan beroperasi pada 2004, demikian menurut laman webnya.

Tarikan pusat peranginan itu termasuk hutan hujan tertutup terbesar dunia, pantai buatan, taman air bercirikan “Whitewater River,” kompleks spa dan padang golf kecil.

Tanjong Plc, syarikat pegangan pelaburan milik Krishnan dalam taman hiburan dan hartanah, menguasai pegangan terbesar dalam pusat peranginan itu, manakala baki oleh rakan niaga Colin Au.

Ananda, orang ke lima paling kaya di Malaysia, mula mengalih tumpuan kepada pelaburan domestik selepas Aircel Ltd, pengendali tanpa wayar India yang dikuasainya, difailkan bagi kebankrapan tahun ini. – Bloomberg

Advertisements