Petaling Jaya: Kanak-kanak dari Persatuan Perkhidmatan Sosial dan Masyarakat Pembangunan Daerah Gombak, Selangor (PSPK) diraikan bersama kakitangan dari Firefly Airlines di Taman Hidupan Liar, Sunway Lagoon sempena Krismas tahun ini.

Pesta Krismas yang dianjurkan ini bukan sahaja untuk meraikan musim perayaan tetapi juga sebagai sebahagian daripada  Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam memberi sesuatu yang baik kepada masyarakat. Program ini bagi meraikan 40 orang kanak-kanak dengan keseronokan.

Program di Sunway Lagoon Wildlife Park bertujuan memberi peluang kepada anak-anak yatim melihat sendiri lebih dari 150 spesies haiwan yang ditempatkan di taman tersebut. Semasa lawatan, anak-anak diperkenalkan kepada harimau putih Samson dan Asha, singa putih Zola dan Zuri, panther, marmoset hitam dan banyak lagi.

Mereka juga diberi peluang memberi makanan kepada arnab, ayam dan kura-kura serta mempelajari kehidupan sungai.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Airlines, Encik Ignatius Ong menyerahkan hadiah Krismas yang merupakan beg sekolah berserta barangan alat tulis. Turut hadir ialah Rev. Henry Sandanam, pengasas dan Presiden Persatuan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Masyarakat Daerah Gombak, Selangor (PSPK).

Advertisements