V Ultimate Wellness Bhd Ditubuhkan sebagai syarikat induk bagi empat jenama utama iaitu DrNano, Ava, DermaMaster dan H2G. Ditubuhkan pada tahun 2005, merupakan diantara perkhidmatan kecantikan dan teknologi yang paling inovatif di Malaysia.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan seperti rawatan kulit, estetika dan produk penjagaan rambut ini menjadi strategi utama kejayaan kumpulan syarikat. Sehingga kini ianya telah mengembangkan perkhidmatannya kepada 26 cawangan dengan lebih dari 200 orang pakar yang diiktiraf.

Dari kiri Susan, Pengasas, Fiona Gan (tengah) dan Pengurus Komunikasi Korrporat dan Pembangunan Perniagaan, Jaime Teraud (kanan)

Pengasasnya, Fiona Gan yang merupakan tunjang utama kumpulan V Ultimate Wellness. merupakan ikon yang sangat berpengalaman dan usahawan terkenal didalam industri kecantikan. Sentuhan dan kaedah rawatannya sangat dipercayai dan sentiasa menjadi pilihan bagi masyarakat.

Sehubungan itu, V Ultimate Wellness berhasrat untuk memperkembangkan segmen rawatan dengan memperkenalkan terapi urut untuk seisi keluarga. Mereka yakin dengan pengalaman selama 3 tahun, pastinya mampu memberikan servis terbaik seiring dengan permintaan yang positif dari pelanggan.

Dengan permintaan yang meningkat,  Jamie Terauds telah dilantik sebagai Pengurus Komunikasi Korporat dan Pembangunan Perniagaan bagi memastikan kelancaran operasi dan penjenamaan. Jamie bakal menerajui segmen kesihatan khususnya di kedai-kedai di seluruh negara.

Jenama utama di bawah segmen kesihatan yang akan diterajui adalah MY Thai, MY Tradisi dan MY Thai Express. MY Thai menempatkan dirinya sendiri sebagai spa keluarga dan rawatan terapi kesihatan yang terbaik pada harga yang berpatutan.

Kumpulan itu berhasrat untuk melancarkan 6 cawangan lagi di Lembah Klang pada tahun 2019 dengan meletakkan MY  sebagai jenama utama. Selepas kejayaan IPO, kumpulan itu berhasrat untuk melancarkan 27 cawangan tambahan di Lembah Kelang, 5 cawangan di Johor Bharu dan 2 cawangan di Pulau Pinang sebagai melengkapkan 40 cawangan dalam tempoh 36 bulan akan datang.

Dalam pada itu, mereka juga bakal melantik TA Securities Bhd untuk mengkaji dan mempersiapkan perlaksanaan IPO bagi penyenaraian di Bursa menjelang suku kedua 2020.

Advertisements