KUANTAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memutuskan tidak lagi memberi kuota haji khas kepada menteri dan Ahli Parlimen bagi membolehkan lebih ramai rakyat dapat menunaikan ibadah itu pada masa akan datang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh, berkata menjadi amalan kerajaan terdahulu untuk memberikan kuota haji ini kepada ahli politik sehingga mengakibatkan ada ramai jemaah yang layak khususnya warga emas tidak dapat menunaikan haji.

“Jadi, kita mengambil keputusan untuk menghentikan amalan ini. Saya juga dimaklumkan disebabkan perkara seperti ini menyebabkan ramai jemaah yang layak dan mempunyai cukup duit untuk pergi haji terpaksa menunggu sehingga berusia 100 tahun.

Beliau berkata, tindakan itu sudah dilaksanakan untuk musim haji yang lalu dan kuota haji kini sudah menjadi milik rakyat sepenuhnya.

“Kita juga tidak akan menerima sebarang surat sokongan daripada mana-mana pihak yang ingin menunaikan haji. Ini bagi memastikan ketelusan di samping kuota itu adalah milik rakyat sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Fuziah berkata, Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan bagi melakukan kajian jumlah guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang akan diserap ke dalam kerajaan dijangka melengkapkan kajian mereka pada Mac tahun hadapan.

“Selepas mereka siap membuat kajian, kita akan membawanya ke Kabinet untuk diluluskan. Saya jangka mungkin dalam pertengahan tahun hadapan akan dibawa ke Kabinet.

“Kalau ikut pembentangan Belanjawan 2019, tidak disebut jumlah guru KAFA yang bakal diserap ke jawatan tetap, tetapi kita jangkakan jumlahnya bagi siri pertama ialah 5,000 orang.

“Jika mereka ada diploma, guru KAFA ini akan diberi gred jawatan S29 manakala mereka yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula gred S19,” katanya.

“Malaysia diberikan kuota sebanyak 30,200, namun disebabkan ada pemberian kuota kepada ahli politik ini menyebabkan kuota untuk rakyat menjadi sedikit,” katanya pada sidang media selepas Majlis Dialog Komuniti Bersama Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di sini, malam tadi.

Advertisements