KUALA LUMPUR : Tahap kesihatan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang dibelasah sehingga koma ketika cuba memadamkan kebakaran di Kuil Sri Mahamariaman di Subah Jaya bulan lalu semakin merosot, dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Institut Jantung Negara pada pagi Ahad, menunjukkan fungsi paru-paru Muhammad Adib yang menurun tahapnya.

“Selepas penilaian yang teliti, tisu-tisu pada paru-paru menunjukkan tanda ia semakin mengeras. Pada masa ini, fungsi renal juga tidak menunjukkan penambahbaikan di mana beliau masih memerlukan sokongan dialisis yang berterusan.”

“Oleh itu (pihak IJN) memutuskan untuk sekali lagi memasukkan sistem Veno-Benous ECMO pada jam 9 malam semalam (Sabtu) untuk membantu pernafasan beliau.”

Jelas kenyataan itu, Muhammad Adib masih dalam fasa kritikal dan ini menyebabkan semua lawatan ke atasnya dihadkan.

IJN juga meminta semua rakyat Malaysia mendoakan Muhammad Adib kembali pulih.

Advertisements