Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Keluarga Muhammad Adib Terima Sumbangan RM47,209.64

KUALA KEDAH: Kejadian menimpa Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim terus mendapat perhatian rakyat negara ini yang turut prihatin dengan nasib ahli keluarganya selepas pemergian insan tersayang mereka.

Lantaran itu, sejumlah RM47,209.64 hasil sumbangan orang ramai menerusi TABUNG SAVING ADIBKASSIM dikelolakan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) disampaikan kepada keluarga Allahyarham.


Ibu Muhammad Adib, Asma Aziz, 51, berkata, mereka sekeluarga menghargai sumbangan, bantuan dan doa seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi semangat untuk menghadapi dugaan berkenaan.


“Saya bercadang untuk melaksanakan badal haji untuk arwah Muhammad Adib dan bersedekah atas nama dia kepada badan-badan kebajikan dan mereka yang memerlukan.


“Selain itu, Masjid As-Saadah Kampung Tebengau juga dalam proses membaiki dan menaik taraf dan mungkin sejumlah sumbangan akan diberikan juga atas nama Muhammad Adib,” katanya selepas majlis penyerahan itu di sini hari ini.


Penyerahan cek tabung berkenaan disampaikan Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah kepada bapa Allahyarham, Mohd. Kassim Abdul Hamid sambil disaksikan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hassan As’ari Omar.


Sementara itu, Muhammad Nasir berkata, tabung berkenaan dibuka kepada orang ramai kira-kira tiga minggu lalu setelah Muhammad Adib dimasukkan ke hospital akibat kecederaan dialaminya.


“Tujuan asal kutipan tabung ini adalah bagi menampung perubatan Muhammad Adib, tetapi Allah lebih menyayangi beliau dan kita sampaikan setiap sen yang disumbang ini kepada keluarganya bagi kegunaan sebaik mungkin seperti bersedekah atas nama Muhammad Adib,” ujarnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: