KUALA LUMPUR: Sehingga jam 11 pagi tadi, seramai 292,160 orang sudah menandatangani petisyen mendesak P Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Petisyen yang dilancarkan bulan lalu menerusi tandatangan dalam talian change.org digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

GPS mendakwa Waytha Moorthy gagal mengawal ketegangan antara kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun sudah diberikan mandat untuk berbuat demikian.

Sebelum ini, Waytha Moorthy didakwa memburukkan imej Malaysia pada peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah kononnya rakyat beragama Hindu di negara ini ditindas.

Beliau yang juga Pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) turut berkeras mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Difahamkan, menerusi kenyataan GPS di Facebook sebelum ini, mereka mensasarkan untuk mencapai 300,000 tandatangan.

Laman sesawang petisyen mendesak P Waytha Moorthy meletak jawatan di https://bit.ly/2POhrBG

Advertisements