Pemimpin MIC hari ini mencadangkan kerajaan Selangor supaya mengumumkan 17 Disember sebagai Hari Perpaduan bagi peringkat negeri demi mengingati kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pengerusi MIC Selangor, M Rajendram turut menggesa kerajaan negeri Selangor supaya mengadakan majlis anugerah di atas nama Adib sendiri bagi NGO dan individu yang memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.

“Pandangan MIC Selangor adalah Adib seorang wira negara. Walaupun, beliau berasal dari Kedah, sumbangan beliau perlu dihormati khususnya di Selangor.”

“Saya mengakui kematian Adib satu detik hitam di negeri Selangor. Tetapi, demi menghormati beliau kita perlu iktiraf beliau dengan mengumumkan 17 Disember sebagai Hari Perpaduan diperingkat Selangor,” katanya.

Untuk rekod, Adib yang cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia pada 17 Disember yang lalu di Institut Jantung Negara.

Advertisements