Kuala Lumpur: Athirah atau lebih dikenali sebagai Tyra Kamaruzzaman, 19 tahun adalah merupakan antara usahawan muda mempelopori pasaran kecantikan.

Beliau memulakan bidang keusahawanan dengan membawa jenama Beautyra dan memasarkan produk pemerah pipi di laman niaga Shopee.

 

Menurut Tyra, Shopee dipilih berdasarkan kepada servis yang ditawarkan sangat mesra pengguna melalui konsep ‘free shipping’. Ianya bukan sahaja memudahkan pelanggan namun dalam masa yang sama dapat membantu peniaga meningkatkan jualan.

 

Beliau memilih produk pemerah pipi sebagai item pertama adalah kerana minatnya sendiri yang menganggap ianya sesuatu yang melengkapkan penampilan setiap wanita selain gincu bibir.

Menjadikan Shopee sebagai platform jualan,Tyra amat berpuas hati apabila jualannya laris hanya dalam beberapa minit dilancarkan.

 

Bercakap mengenai strategi jualan, beliau memastikan setiap produk yang dipasarkan sentiasa berkualiti dan menepati citarasa wanita. 

Beliau ditemui dalam majlis pelancaran produk pewangi diri dan penghargaan kepada platform jualan Shopee.

Advertisements