KUALA LUMPUR: Angka korban Tsunami Selat Sunda meningkat kepada 229 orang sehingga tengah malam tadi.

Menurut Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, jumlah itu adalah yang terkini sehingga jam 11:30 malam waktu tempatan.

“Jumlah korban nyawa sehingga kini meningkat 229 orang,” beliau dipetik berkata Detik.com.

Jumlah angka korban dijangka terus meningkat.

Menurut Sutopo, selain mangsa korban, 408 orang yang lain dilaporkan masih hilang, 720 orang cedera dan lebih 4,000 mangsa dipindahkan.

“Selain itu, jumlah  kemusnahan sehingga malam tadi melibatkan  528 unit rumah rosak teruk,  1 unit rumah musnah dihanyut ombak, 82 unit rumah rosak,” ujarnya.

Beliau pada masa sama mengingatkan penduduk supaya terus bertenang dan tidak mendengar khabar angin.

Tegasnya, maklumat rasmi akan terus disampaikan kepada mangsa sekiranya ada.

Advertisements