Kuala Lumpur: Skim Pemisahan Sukarela (VSS) Kumpulan Utusan sekali lagi menjadi titik hitam bagi bekas kakitangan mereka  yang berkuat kuasa bermula 1 disember lalu. Syarikat yang saham utamanya milik parti UMNO itu jadi menjadi viral apabila pertama kali sejak penubuhannya terpaksa mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan kakitangan secara besar-besaran.

Semasa mengumumkan tawaran skim tersebut, syarikat melalui Pengerusi Eksekutif, Datuk Aziz Sheikh Fadzir menjanjikan bayaran pampasan pertama akan dibuat pada 25 Disember dan diikuti setiap 25 haribulan selama 12 kali.

Namun, dalam satu mesyuarat khas bersama wakil bekas petugas iaitu AJK Pemegang Amanah VSS pada hari ini menjadi sebaliknya kerana Utusan dilihat masih tidak mampu mengotakan janjinya.

Pengurus Sumber Manusia, Encik Nazlan Osman memaklumkan bahawa syarikat tidak dapat membuat pembayaran pertama pada tarikh yang dijanjikan atas masalah kewangan syarikat yang masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Jelasnya, syarikat sedang berusaha untuk membuat bayaran berkenaan dengan kadar segera namun bila tarikh pembayaran sebenar masih gagal dimaklumkan.

Sehubungan itu wakil-wakil pengambil VSS membuat gesaan tegas agar pihak syarikat mencari jalan untuk menyelesaikan pekara di atas namun pihak syarikat bagaimanapun masih gagal memberikan jawapan.

Sehubungan itu lebih 700 orang  bekas kakitangan Utusan meluahkan rasa terkilan dan kecewa kerana menganggap pengorbanan mereka demi kelangsungan syarikat seolah tidak dihargai.

Menurut mereka lagi, perasaan tertekan turut dirasai apabila musim persekolahan bakal bermula tidak lama lagi dan memerlukan belanja persekolahan anak-anak serta menyelesaikan yuran namun sehingga kini masih belum menerima apa-apa bayaran yang dijanjikan.

Kebanyakkan kakitangan yang terlibat bagaimanapun sudah mula mengagak perkara ini bakal terjadi. Lebih mendebarkan apabila bekas Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir meletak jawatan pada 13 Disember lalu.

Apakah nasib yang bakal menimpa bekas kakitangan Utusan yang mengambil VSS ini?

Siapakah yang akan membela nasib mereka?

Mampukah pihak bank bersabar menanti bayaran pinjaman perumahan, kereta, kad kredit dan pelbagai komitmen bulanan lain?

Persoalannya…sampai bila?

Advertisements