Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

“Dulu cakap BR1M dedak, Sekarang ini dedak BaSaH” – KJ

KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin mempersoal keputusan kerajaan melaksanakan pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 bagi fasa pertama dengan menggunakan data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, dahulu BR1M dianggap sebagai ‘dedak’ iaitu untuk membeli hati rakyat, tetapi kini ia turut digunakan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

“Dulu cakap dedak. Sekarang ini dedak BaSaH. Database pun pakai BR1M. Malaysia baharu apa?” katanya dalam hantaran twitter peribadinya hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pembayaran (BSH) 2019 fasa pertama sebanyak RM300 akan dilaksanakan pada 28 Januari ini dengan mengikut pangkalan data dan kaedah lama.

Guan Eng menjelaskan, kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data lama yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak bagi membolehkan bayaran dibuat sebelum Februari 2019.

Menurut beliau, proses pemutihan yang akan mengeluarkan nama penerima yang tidak layak kerana mereka bukannya daripada golongan berpendapatan rendah (B40) memerlukan masa panjang untuk dilaksanakan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: