Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Bisnes

MMSOS ‘Panic Button’ Aplikasi Keselamatan Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR: MM Synergy Sdn. Bhd. (MM Synergy) memperkenalkan perkhid­matan MMSOS iaitu sebuah aplikasi keselamatan bagi seluruh rakyat Malaysia. Aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma itu dianggarkan mencapai 1 juta pengguna menjelang lima tahun akan datang.

Pengasas syarikat, K.L.Lim berkata, buat masa ini, syarikat yang menawarkan aplikasi bantuan kecemasan MMSOS yang telah diperkenalkan pada bulan April lalu telah memiliki lebih 1,000 orang.

Menurutnya, aplikasi yang memfokuskan berkenaan bantuan keselamatan dan pencegahan jenayah serta bantuan kenderaan itu dilihat mampu memberi impak positif kepada pengguna. 

“Perkhidmatan ini akan memberi banyak kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan bantuan jika mereka terlibat dalam sebarang kecemasan.

 

 

“Melalui aplikasi MMSOS, pelanggan kini tidak perlu menghubungi talian kecemasan 999 kerana perkhidmatan yang disediakan syarikat dapat membantu mereka dengan mudah, cepat dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap dalam satu majlis menandatangani MoU diantara Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) dan Academy Of Universal Global Peace & United Nations University For Global Peace.

Majlis dihadiri oleh Ketua Turus Utama PTCM, Prof Tan Sri Dr. ( MUNSHY) Muslim Bin Yacob dan Prof.Dr.Madhu Krishan.

Lim menerangkan, Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses, beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. 

Aplikasi bantuan kecemasan “Creating Awareness”. Merupakan kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini, dengan hanya menekan “Panic Button” para pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti kecemasan kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan dan pelbagai lagi.

 

Bagi keahlian berbayar pula, pelanggan akan mendapat manfaat daripada segi potongan harga sehingga 40 peratus dan percuma untuk pelbagai perkhid­matan.

Antaranya ialah pakej penginapan di Marina Island, Perak, pemeriksaan kesihatan dan perlindungan insurans peribadi serta kemalangan, yuran ambulan, kadar menarik untuk perkhidmatan penyelenggaraan kereta serta yuran penundaan.

“Kesemua manfaat yang diperoleh pelanggan yang melanggan aplikasi berbayar ini bernilai lebih daripada RM5,000,” jelasnya sambil menambah bayaran yuran tersebut perlu diperbaharui setiap tahun,” ujar beliau.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: