Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Warkah Kekanda: Mujahid Terhibur Baca Komen

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa menyatakan beliau seronok membaca komen-komen yang dilontarkan terhadap penulisan ‘Warkah dari Cordoba untk Nurul Izzah’.

Menurut Dr. Mujahid, beliau sengaja memilih lenggok bahasa kekanda adinda yang digunakan untuk menyampai mesejnya kali ini dan ternyata istilah yang beliau gunakan berjaya menarik perhatian masyarakat.

“Seronok saya membaca komen-komen berkisar warkah saya kepada YB Nurul Izzah. Saya sengaja memilih lenggok bahasa begitu untuk menyampaikan mesej saya kali ini. Ternyata istilah kekanda adinda lebih menarik perhatian semua.

“Terima kasih atas teguran semua. Namun saya mohon dibaca serta dihayati isi kandungannya. Mungkin berguna buat generasi muda yang melalui liku-liku politik dalaman sama seperti yang saya pernah lalui,” kata Dr. Mujahid dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

‘Warkah dari Cordoba untk Nurul Izzah’ yang ditulis Dr. Mujahid di Facebook beliau menerima 11 ribu komen dan hampir 7,000 perkongsian tidak sampai 24 jam hantaran itu dibuat.

Kebanyakan komen beranggapan warkah yang menggunakan bahasa kekanda dan adinda itu tidak sesuai digunakan oleh Dr. Mujahid.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: