Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Siti Kasim Beri Amaran Ambil Tindakan Individu ‘Troll’ Gambarnya

KUALA LUMPUR: Peguam Siti Kasim bakal mengambil tindakan terhadap individu yang telah menyebarkan gambar beliau memegang seekor anjing beserta dengan komen yang diubahsuai di media sosial.

Dalam satu hantaran di Facebooknya, Siti Kasim berkata, dia telah dimaklumkan oleh seseorang mengenai penyebaran gambar dengan komen yang telah diubah suai itu dan ditularkan.

Aktivis masyarakat berkenaan memberi amaran kepada invididu terbabit dan semua yang berkongsi gambar tersebut di media sosial untuk menunggu tindakan selanjutnya daripada beliau.

 

“Saya dimaklumkan bahawa gambar saya ini telah diubah suai oleh individu berkenaan dan kemudiannya menyebarkannya melalui media sosial. 

“Saya telah mengumpul semua maklumat, terima kasih kepada insan yang mulia itu. Saya memberi peringatan kepada budak lelaki ini terutamanya dan semua yang berkongsi foto ini secara amnya, untuk menunggu tindakan selanjutnya daripada saya,” tulis Siti Kasim.

Dalam hantaran asalnya, komen yang tertera adalah antara seorang pelayar yang bertanyakan ‘ini kucing kan’ dan Siti Kasim menjawab ‘Meeeoowww…’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: