AMPANG: Acara yang julung kalinya diadakan secara percuma disekitar Ampang, Kampung Pandan dan Pandan Jaya serta melibatkan penggiat sukan Amatur dan profesional.

Acara sukan lasak yang diberi nama “Rentap Night” ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Izham Hashim ADUN Pandan Indah dan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani.

 

 

Rentap Night ini  mempertandingkan 7 piala kejuaraan dan penonton disajikan dengan aksi penawanan tinju Muay-Thai yang secara teknikalnya mengikut sistem kalah mati.

Pengarah Teknikal Rentap Night, Fairul Ezly Ramli berkata, sebanyak tujuh pasangan digandingkan pada malam pertandingan itu bagi merebut gelaran juara yang akan dijalankan mengikut sistem kalah mati. Selain itu setiap perlawanan akan dijalankan sebanyak lima pusingan dan setiap pusingan berlangsung selama tiga minit. 

 

Dalam pada itu, YB Tuan Izham berkata, beliau melihat sukan muay thai ini sebagai satu anjakan kearah memastikan ianya dijadikan sebagai sukan teras untuk acara sukan dan kejohonan terbesar di negara ini. Beliau juga menyatakan hasrat untuk memastikan acara sebegini mendapat sokongan dari Exco sukan kerajaan negeri Selangor untuk diketengahkan.

 

Beliau turut berharap agar ada penamabah baikan bagi memastikan sukan muay thai mendapat tempat dikalangan generasi baru. 

Program Rentap Night ini menyaksikan penyertaan golongan belia lingkungan 18 tahun keatas yang mewakili Kelab Muay-Thai sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Advertisements