KUALA LUMPUR: Sunway Property, cabang hartanah Sunway Bhd, mencatat kadar pengambilan 90 peratus bagi pembangunan hartanah terkininya di Cheras, Sunway Velocity TWO, hanya dalam tempoh kurang dua bulan diperkenalkan.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Pembangunan Hartanah, Kawasan Tengah Sunway, Chong Sau Min, berkata Sunway Velocity TWO dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM2 bilion menawarkan kemudahan yang memanfaatkan keluarga yang sedang berkembang dengan menampilkan ciri-ciri penyambungan, pendidikan, peruncitan, hiburan dan kemudahan penjagaan kesihatan yang terletak berhampiran.

Beliau berkata, kediaman ‘dual-key’ yang luas juga terbukti popular selain unit standard lain.

“Kami teruja dengan sambutan sewaktu kejayaan pelancarannya dengan lebih 90 peratus unit dijual. Ia susulan minat yang diterima semasa pembukaan galeri jualan kami Julai lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pembangunan itu terdiri daripada empat menara kediaman, dua menara komersil dan unit runcit bagi menambahkan lagi nilai kepada kejayaan Sunway Velocity.

Chong berkata, Sunway Velocity TWO bakal menjadi pembangunan dengan pensijilan Green RE yang merangkumi tenaga pencahayaan, dan tadahan air hujan.

Pembangunan itu direka untuk menyediakan gaya hidup moden dan komprehensif kepada pemilik rumah masa depan, katanya.

Kemudahan ditawarkan termasuk kolam infiniti, bilik karaoke, teres langit, ladang komuniti, taman permainan kanak-kanak dalam bentuk rumah pokok yang unik dan banyak lagi.

Susun atur unit di Tower A merangkumi antara 635 kaki persegi hingga 1,281 kaki persegi dan Tower B antara 635 kaki persegi dan 1,119 kaki persegi dengan harga indikatif bermula RM558,000 seunit.

Sunway Velocity adalah pembangunan bersepadu berorientasikan transit pertama di Cheras, dan memanfaatkan lokasi strategik kejiranan yang hanya 3.8 kilometer dari pusat bandar KL dan meliputi kawasan 1.72 juta penduduk.

Sunway Velocity TWO mudah diakses melalui tiga stesen MRT dan 2 LRT iaitu stesen MRT Cochrane, stesen Chan Sow Lin dan stesen MRT bawah tanah akan datang, stesen pertukaran MRT dan LRT Maluri.

Selain itu, pembangunan boleh diakses melalui lebuh raya utama seperti Jalan Tun Razak, terowong SMART, NPE, lebuh raya KL-Seremban, MEX dan Persimpangan Jalan Chan Sow Lin.

Sunway Velocity TWO Tower B kini dibuka untuk pendaftaran.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati galeri jualan Sunway Velocity TWO di Jalan Peel, Cheras (https://goo.gl/maps/GpiSW78XmN72) atau log masuk ke laman web di www.sunwayvelocitytwo.com.

Advertisements