KUALA LUMPUR: MyEG Services Bhd (MyEG) akan melancarkan perkhidmatan e-dompet iPayEasy pada suku kedua tahun kewangan berakhir 30 September 2019.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MyEG berkata unitnya, E.G. Alternative Payment Services Sdn Bhd telah menerima surat tanpa bantahan daripada Bank Negara Malaysia bertarikh 21 Dis, 2018, berhubung pelancaran itu.

“Lembaga Pengarah juga menjangkakan bahawa e-dompet iPayEasy itu akan menyumbang secara positif kepada prestasi kumpulan mulai tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2019 dan seterusnya,” tambahnya.

Advertisements