Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Pekerja restoran ditampar selepas tegur pelanggan merokok

SHAH ALAM: Hanya kerana menegur pelanggan supaya tidak merokok, seorang pekerja ditampar di pipi kirinya di dalam sebuah restoran di Jalan Makmur 25/64, Seksyen 25 di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian pukul 12. 30 tengah hari, mangsa berusia 25 tahun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila seorang pekerja lelaki restoran tersebut memberikan teguran kepada tiga pelanggannya yang sedang menghisap rokok di dalam restoran.

“Bagaimanapun, teguran secara baik itu dibalas dengan penampar di bahagian pipi kiri oleh salah seorang daripada pelanggan tersebut.

“Kumpulan suspek itu kemudiannya beredar sebaik membuat pembayaran di kaunter restoran itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal semasa kejadian terdapat dua lagi pekerja dan lima pelanggan di dalam restoran tersebut.

Ujarnya, hasil siasatan turut mendapati ketiga-tiga pelanggan tersebut jarang dilihat datang ke restoran berkenaan.

“Polis telah mengambil rakaman televisyen litar tertutup di restoran berkenaan dan telah mengenal pasti suspek terlibat.

“Sehubungan itu, kita meminta suspek utama yang menampar pelanggan tersebut tampil menyerah diri bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Larangan merokok di tempat makan bermula 1 Januari lalu di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: