KUALA LUMPUR: “Saya benar-benar mahukan kerajaan untuk berjaya. Saya bangun setiap hari dengan harapan bahawa pendapat saya salah. Tetapi, mereka tetap membuktikan saya betul. Saya lakukan perkara yang sama dengan kerajaan lama. Dan saya sedang lakukan perkara yang sama pada masa ini. Tiada beza”

Itu kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dalam media sosialnya malam ini.

“Sekadar mahukan yang terbaik untuk rakyat. Sesetengah mungkin tidak suka apa yang saya katakan tapi itulah cabarannya. Untuk terus bersuara demi rakyat yang tidak dapat menyuarakannya. Biarkan saya menjadi musuh anda nombor 1 sekiranya perlu,” titahnya lagi.

Apa pun, beliau akan terus konsisten dan tegas dengan prinsipnya.

“Tolong… Tolonglah mulai mentadbir. Tolong berhenti berperang antara satu sama lain, Tolong berhenti mempolitikkan setiap isu. Kadang kala saya salah. Semua orang membuat kesilapan.

“Untuk kesilapan yang saya buat, saya memohon maaf. Saya fikir kita semua harus mengimbas kembali tahun 2018 dan meminta maaf atas kesilapan-kesilapan,” ujarnya.

Bagaimanapun Tunku Mahkota Johor itu tidak menyebut jelas kenyataannya mengenai sebarang isu.

“Kini sudah 2019, ayuh kita lakukan yang sepatutnya sekarang. Ayuh kita kurangkan berpolitik. Ayuh kita kurang mempopularkan apa yang ada di media sosial. Ayuh kita melakukan keputusan yang lebih baik.

“Ayuh kita bekerjasama dan menghormati ruang dan tugas masing-masing. Ayuh kita berkhidmat kepada rakyat dan melaksanakan yang terbaik untuk negara kita,’ ujarnya.

Advertisements