ALOR SETAR: Kawasan utara di negeri ini terutamanya di Pulau Langkawi dijangka menerima tempias daripada ribut tropika Pabuk, mulai esok.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacob, berkata berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ribut itu dijangka melanda pulau itu bermula jam 2 petang.

Beliau berkata, sehubungan itu semua penduduk dan pelancong di Langkawi dinasihat menjauhi kawasan pantai bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku.

“Anggota APM akan melakukan tinjauan di empat menara pantai iaitu di Pantai Chenang, Pulau Payar dan Pantai Pantai selain satu di Daerah Kuala Muda bagi memastikan keselamatan awam,” katanya ketika ditemui hari ini.

Awang Askandar berkata, kesan ribut itu dijangka menyebabkan pokok tumbang dan angin kencang yang boleh mengancam keselamatan orang ramai.

“Oleh yang demikian, kita menasihatkan semua penduduk supaya sentiasa berhati-hati terutama mereka yang tinggal di tepi laut kerana ribut ini dijangka kuat.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di talian 04-9663309 (Langkawi) dan 04-4235682 (Kuala Muda),” katanya.

Advertisements