Kuala Lumpur: Tetra Pak dan Nestle Milo menjalin kerjasama menerusi Projek CAREton 2019 bagi merancang program kitar semula 35 juta pek minuman bertujuan memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Majlis dilancarkan oleh YB Jamalaiah Jamaluddin, ADUN Bandar Utama. Program kempen ini juga turut berkolabrasi dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

 

Projek CAREton merancang untuk mengumpul dan mengitar semula pek minuman yang akan diproses bagi menghasulkan papan panel serta genting atap poli Aluminium (polyAl).

Mula beroperasi pada tahun 2012 bersama pertubuhan bukan kerajaan, EPIC Homes bagi membantu memudahkan pembangunan perumahan berasaskan komuniti setempat bersama masyarakat Orang Asli di Malaysia sebagai benefisiarinya. Sejak itu. ia berjaya membekalkan genting atap dan papan panel untuk membina lebih daripada 150 buah rumah dan infrastmktur untuk komuniti setempat.

Pada tahun ini. bersama MBPJ sebagai benelisiari terbaharu, Projek CARElon bermatlamat untuk memperluaskan manfaat projek ini kepada komuniti tempatan di kawasan Petaling Jaya. Pek minuman yang terkumpul akan dikitar semula dan dihasilkan menjadi 1000 keping papan panel polyAl yang akan dibekalkan kepada MBPJ. Papan panel tersebut akan digunakan sebagai sebahagian daripada struktur luar dan dalam Eco Recycling Plaza. serta kawasan rekreasi dan taman-taman komuniti yang terletak di Petaling Jaya.

 

Pengarah Alam Sekitar Tetra Pak Malaysia, Terrynz Tan berkata, “kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus memainkan peranan mereka dengan mengitar semula pek-pek minuman sambil mendidik orang lain tentang proses pengitaran semula yang amat mudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu melakukan 3F (‘flip’, ‘flap’ dan ‘flat’) sahaja” katanya kepada Malaysianews TV.

Dalam pada itu, Ng Su Yen iaitu Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Nestle Ready-to-Drink, Nestle (Malaysia) Berhad berkata. “Nestle mengambil berat tentang penanganan sisa pembungkusan dan sangat komited untuk menjadi sebahagian daripada solusi tersebut. Oleh itu. kami sentiasa mencari solusi pengitaran semula yang efektif seperti Projek CAREton”.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Projek CAREton 2019, sila layari http://www.facebook.com/tetra.pak my.

Advertisements