Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Hiburan

Tiada Lagi Tiket Percuma AJL

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya pihak produksi Anugerah Juara Lagu (AJL) menjual tiket masuk kepada penonton sempena penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) yang akan berlangsung pada 3 Februari depan.

AJL33 akan bersiaran secara langsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini. 

Menurut Pengurus Hiburan Primeworks Studio, Muhammad Sufian Che Isa, ini merupakan kali pertama tiket AJL dijual kepada umum. 

“Menerusi cara ini, semua peminat AJL33 berpeluang mendapatkan tiket AJL33 secara atas talian secara adil. Jadi dapatkan segera tiket ini sebelum kehabisan kerana ia dijual pada harga yang sangat rendah. 

“Apatah lagi ia merupakan sebuah pertandingan yang menghimpunkan barisan penyanyi popular masa kini berentap sesama mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan. 

AJL33 mempunyai tiga jenis tiket dan dijual harga berbeza iaitu RM25 (tempat duduk aras empat), RM35 (tempat duduk aras tiga) dan RM55 (arena). 

Sebarang maklumat lanjut berkenaan AJL33, layari laman web http://www.xtra.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: