KUALA LUMPUR: Jenama kerepek kentang yang baharu bakal menawan selera para pengguna di Malaysia dengan kudapan rangup berperisa baharu yang pasti disukai oleh para penggemar.

 

URC Snack Foods Malaysia, pengeluar jenama warisan ‘Jack ‘n Jill’, dan pengeluar makanan snek “Calbee” yang terkemuka di Jepun akan memperkenalkan kerepek kentang “Jack ‘n Jill Calbee” kepada para peminat snek. Kehadiran snek ini telah dihebahkan menerusi siaran iklan sebelum tayangan di Pawagam GSC yang terpilih, selain iklan menerusi Youtube, Facebook, Instagram dan laman penstriman video popular yang lain.

Kerepek Kentang Jack ‘n Jill Calbee dijual dalam dua saiz, pek percubaan 60-gram (RM 2.85) dan pek keluarga 170-gram (RM 5.95), dengan tiga perisa Smoky BBQ, Flamin’ Chilli, dan Classic Salted.

 

URC Calbee hanya menggunakan kentang berkualiti premium untuk menghasilkan kerepek kentang dan mengamalkan prosedur ketat yang bermutu tinggi untuk memastikan kesegaran dan rasa. Kerepek juga dihiris istimewa dengan bentuk seperti ombak untuk menghasilkan kerepek kentang yang mempunyai rasa yang seimbang dan lebih enak.

Sempena dengan pelancaran kerepek kentang Jack ‘n Jill Calbee, URC Malaysia akan menganjurkan “Pelancaran Produk Jack ‘n Jill Calbee 2019” di Sunway Pyramid Central Avenue mulai 3 hingga 6 Januari 2019, di mana para peserta boleh mencuba dan membeli snek baharu sambil menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan. Mereka juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan “Level Up Purchase and Win”, di mana setiap pembelian Kerepek Kentang Jack ‘n Jill Calbee bernilai RM5 di kedai-kedai di seluruh negara melayakkan pembeli untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM25,000.

 

 

Jack ‘n Jill Calbee dijual di kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar raya hyper & super di seluruh Malaysia.

Advertisements