Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Kekecohan Berlaku Ketika Penyerahan Memorandum Bantah Tindakan Eric Liew

KUALA LUMPUR: Suasana pejabat Cisco Malaysia (Cisco) di Menara One Sentral di sini menjadi ‘panas’ dan kecoh apabila terdapat kakitangannya enggan memberi kerjasama kepada wakil Pergerakan Pemuda UMNO yang ingin menyerahkan memorandum bantahan terhadap Eric Liew.

Eric Liew adalah nama pengguna Facebook yang menghina bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menerusi ruangan komen media sosial berkenaan serta merupakan kakitangan Cisco.

Malah, seorang kakitangan syarikat itu seolah-olah tidak senang dengan kehadiran wakil Pemuda UMNO dan media selain enggan mengatur pertemuan dengan wakil pengurusan syarikat.

Pihak syarikat turut memanggil beberapa anggota polis bantuan bagi membantu meredakan ketegangan yang berlaku di situ.

Bagaimanapun, memorandum itu berjaya diserahkan kepada seorang lagi kakitangan syarikat yang enggan memanjangkan ‘drama’ tersebut.

Dalam kunjungan itu, Pemuda UMNO diwakili exconya, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham dan Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd. Shukor.

Ikmal Hazlan ketika ditemui pemberita berkata, tujuan utama penyerahan memorandum berkenaan adalah mudah iaitu untuk mendesak Cisco supaya mengambil tindakan terhadap kakitangannya yang menghina bekas Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, urusan penyerahan memorandum itu sepatutnya mengambil masa singkat, tetapi menjadi kecoh dan berlanjutan sehingga satu tempoh yang lama.

“Mereka (Cisco) seolah-olah berdolak-dalik untuk menerima memorandum ini. Hajat kita tidak mahu mengganggu.

“Pemuda UMNO bagaimanapun kekal dengan pendirian bahawa tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Eric jika terbukti melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara,” katanya.

Amin pula berkata, penyerahan memorandum itu bukan kerana Eric seorang berketurunan Cina, tetapi ia meliputi isu warganegara keseluruhannya.

Katanya, sesiapa sahaja yang gagal untuk memahami dan kesejahteraan negara, akan diambil tindakan.

“Kalau Cisco gagal ambil tindakan dalam masa terdekat, kita akan berterusan membuat desakan,” ujarnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: