KUALA LUMPUR, 6 Jan :  Berikut adalah kronologi Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15:

  • 14 Okt 2016: Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun padaMesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas), menggantikan Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul HalimMu’adzam Shah.

  • 13 Dis 2016: Sultan Muhammad V melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 manakala Sultan Perak Sultan, Nazrin Shah pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

  • 31 Jan 2017: Berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M) daripada kerajaan Malaysia.

  • 24 April 2017: Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat penuh dengan tradisi Kesultanan Melayu di Istana Negara.

  • 24 April 2017: Berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja untuk kali pertama sempena pertabalan baginda.

  • 3 Nov 2017: Berkenan menerima menghadap Putera Charles dan isteri baginda, Camella di Istana Negara.

  • 10 Mei 2018: Berkenan menerima menghadap Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ketujuh di Istana Negara selepas gabungan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14.

  • 16 Mei 2018: Memperkenan rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Ketua Umum PKR dan diberi pembebasan serta-merta. Anwar kini presiden parti itu.

  • 18 Mei 2018: Berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Negara untuk menyerahkan senarai nama Anggota Parlimen yang dilantik sebagai Menteri Persekutuan baharu.

  • 2 Nov 2018: Sultan Muhammad V bercuti sehingga 31 Dis 2018 untuk menjalani rawatan dan sepanjang tempoh itu Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

  • 4 Jan 2019: Sultan Muhammad V berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan.

  • 6 Jan 2019: Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa hari ini.
Advertisements