PELETAKAN jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 mengejutkan rakyat Malaysia.

Dalam pada ramai yang tertanya-tanya sebab baginda mengambil keputusan itu, laman sosial juga dipenuhi dengan status bernada sedih.

Sepanjang dua tahun berada atas takhta, Sultan Muhammad dikenali sebagai pemerintah berjiwa rakyat, rendah diri dan pandai berjenaka.

Paling diingati, tentunya jenaka dan usikan baginda ketika memulakan ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-14, Julai lalu.

“Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sila duduk dan jangan lari,” titah baginda yang disambut dengan gelak ketawa Ahli Parlimen yang berada di dalam Dewan Rakyat.

Ayat itu kemudiannya menjadi tular di laman sosial dan ikutan ramai.

Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan ke-29 ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016 dan ini merupakan kali pertama Yang di-Pertuan Agong meletak jawatan.

Baginda menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dari Kedah.

Sultan Muhammad V bercuti sejak November lalu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan yang berakhir 31 Disember lalu.

Advertisements